Kelab nutrisi ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia jadi sihat, itulah misi utama kami.
Kami ingin mengubah tabiat pemakanan daripada makan makanan yang mengandungi banyak lemak, kolestrol, garam dan gula kepada makanan seimbang atau canggih yang boleh memberi kesihatan kepada tubuh badan. Tahukah anda Malaysia adalah negara yang paling tinggi kadar obesiti? Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti:-
-DIABETES
-MASALAH LEMAK & KOLESTEROL
-TEKANAN DARAH TINGGI
-MASALAH SENDI ATAU OSTEOARTRISTIS
-PENYAKIT JANTUNG DAN VASKULAR
-BATU KARANG
-INFRAKSI SEREBRUM
-MASALAH PERNAFASAN-TIDUR BERDENGKUR
-KETIDAKSUBURAN
-HAID YANG TIDAK MENENTU
-PEMBOCORAN AIR KENCING
-REFLUKS GASTROESOFAGEAL/PEDIH HULU HATI
-MASALAH PSIKOSOSIAL/TEKANAN

- Membersih usus
- Mengandungi anti-oksida yang tinggi dan memberi tenaga
- Makanan canggih yang mengandungi semua zat-zat yang diperlukan oleh badan
Pernahkan anda membersihkan usus anda? Bilakah kali terakhir anda membersih usus anda? Ermm...soalan yang sukar di jawab, mungkin kita tidak pernah terfikir untuk membersihkan usus kita. Cuba anda fikirkan apa akan jadi kalau kita tidak menggosok gigi selama lebih 25 tahun? Anda tahu jawapannnya. Usus adalah tempat penyerapan zat-zat makanan yang kita makan hari-hari. Jika tidak dibersihkan, penyerapan zat makanan tidak "efficient", dan bila badan kita kekurangan zar-zat penting, ini akan menyebabkan badan terasa letih, tidak bermaya dan lain-lain lagi masalah. Sila lihat gambar di bawah usus yang tidak sihat.

Sebab itu kita perlu membersihkan bahagian dalam badan kita supaya badan kita mendapat zat-zat penting yang secukupnya.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Berkata pula Hukama':"MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBAT"
"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"
Oleh itu sebelum terlambat marilah kita sama-sama mengambil jalan pencegahan dengan pengambilan nutrisi yang seimbang. Sayangilah badan kita yang dikurniakan Allah in dengan sebaik-baiknya. Kita sanggup membeli pakaian yang mahal-mahal untuk penampilan menarik, tetapi ramai diantara kita yang tidak memperdulikan apa yang masuk ke dalam badan kita. Takkan kita hendak memberikan makanan yang paling murah dan tidak berkhasiat untuk tubuh badan kita? Berilah sesuatu yang baik supaya kurniaan Allah ini dapat kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

ebaikan Pengambilan Nutris
Produk yang kami sediakan untuk minuman nutrisi ini sudah terbukti selama 30 tahun dan di Malaysia hanya 4 tahun.
Nutrisi ini tidak boleh menyebabkan dos yang berlebihan. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kelebihan pengambilan nutrisi secara berterusan. Di antara kelebihannya ialah:
- Badan akan sentiasa segar dan bertenaga.
- Membentuk bentuk badan yang menarik.
- Mengurangkan berat badan yang berlebihan.
- Menambah berat badan bagi yang terlalu kurang berat badan.
- Tidak rasa mengantuk di siang hari.
- Tidur malam yang puas.
- Lawas membuang air.
- Pulih dari resdung.
- Pulih dari tekanan darah tinggi.
- Pulih dari diabetis.
- Pulih dari lelah/athmatic.
- Dan bermacam-macam lagi.
Dan bermacam-macam lagi kelebihan yang anda boleh rasakan sendiri. Dengan keizinan Allah S.W.T segala penyakit boleh hilang disebabkan badan kita telah menerima zat-zat nutrisi yang mencukupi. Kita tidak lagi perlu memakan ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan